Thursday 13 October 2011

#6 Kaya? Boleh!

Nak jadi kaya? Senang betul. 

Jadi artis:
Kat Malaysia ni, artis nampak macam berada. Aku tak tau lah kalau betul kaya atau berlagak kaya je. Betul. Cuba korang masuk Mentor, pergila ujibakat anak wayang je. Lepas tu pooof, lahirnya seorang bintang segera. Dapat job sana-sini, buat show merata. Yang paling penting dapat banyak sponsor okay. Silap-silap kahwin pun ditaja sepenuhnya, boleh lebih dari 12 juta tau wedding korang. Kelassss sangat.

Jadi anak ikan:
Carilah sugarmommy or sugardaddy. Asal muka cantik/jambu mesti senang jadi anak ikan. So, pergi tengok cermin sekarang, kalau korang ada pakej kat atas ni, ha apa lagi. Pergilah cari yang berduit. Make sure duit kepuk, kereta besar. Tapi bahaya, kalau kantoi dengan suami/bini dia, baru korang tahu. Jangan sampai kena simbah asid, tapi ada lagi yang lebih bahaya. Takut terhutang budi, tergadai body.

Join MLM:
Senang betul nak kaya sekarang. Masuk MLM. Roll modal beriban-riban. Akhirnya dapat pulangan yang lumayan. Lepas tu cari downline sana sini. Lepastu tak sampai setahun, lingkup kena tipu. Baru tahu nak pergi buat aduan/report polis. Esoknya keluar Harian Metro muka depan uolss. Glamour sekejap. Aku pelik, posmen, mat despatch pun ada join MLM ni. Korang dah yakin sangat ke boleh kaya dengan cara ni?

Entahlah, dunia sekarang ni pelik-pelik. Banyak betul nak jadi kaya tapi taknak berusaha. Nak kaya dalam sekelip mata, memang nanti kau lingkup sekelip mata lah jawabnya. Apapun, silalah jadi kaya dengan cara yang halal. Heh heh.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.