Monday 17 October 2011

#12 China vs Malaysia

Dunia sekarang makin pelik. Makin kejam. Sebenarnya bukan dunia, tapi umat yang ada dekat dunia ni. Semalam, tengok Buletin Utama sambil lipat kain. Aku emosi sekejap semalam. Sedih, geram, marah, lemah semua ada. Perasaan bercampur baur!

Di China, seorang budak kecik dalam umur 2 tahun macam tu lah, digilis! Bukan accident ke apa! Ada van ni dah nampak budak kecik tu jalan, dia suka hati langgar! Siap gilis and boleh reverse pulak! Ya Allah kejamnya. Lepas tu, ada lori lalu, gilis lagi Yue Yue (nama budak tu). Padahal dah nampak dah! Bukan kucing yang dilanggar, manusia! Orang yang lalu lalang buat tak tahu, then ada mak cik ni alih dia ke tepi. Why they have to be so heartless and selfish! Aku tak berani nak tgk the video sebab kesian sangat! Tak sanggup! Itu yang sempat dirakam CCTV. Yang tak dirakam mesti banyak lagi. Ya Allah! Bersyukurlah, rakyat Malaysia masih lagi penyayang. Selamatkan anak kecil itu Allah!

Di Malaysia lain pulak kes. Bukan gilis, tapi kelar. Yes KELAR! Pelajar tingkatan empat mengelar bayi yang baru dilahirkan. Ye bayi tu meninggal. Sedih. Aku sedih sangat! Tapi tak tahu nak salahkan siapa. Tak boleh salahkan yang perempuan ni. Dia masih adik-adik. Tapi tulah, mungkin dia trauma, otak pun tak berapa nak matang. Aku doakan kau diberi hidayah dik! Semoga kuat dan insaf. Tapi mana bapaknya! Apa-apa perempuan yang salah. Yang keluar paper, berita, PEREMPUAN! Tunjuk lah sekali muka jantan tu!

Okay dah, tak boleh tulis panjang-panjang. Emosi menguasai diri. Semoga Yue Yue cepat sembuh, semoga bayi tersebut ke syurga!

Saturday 15 October 2011

#11 Kak, kain akak terkoyak tu.

Dah puas cermin diri? Yakin sangat takda cacat cela terhadap diri kau. Yakin seratus peratus kau betul?  Orang bodoh je tak boleh terima teguran. Orang bodoh je selalu anggap dia makhluk paling sempurna. Agak-agak kebodohan kau tahap mana? Aku syak kau dah ada PHD dalam bidang kebodohan.

Kau kenapa? Suka sibuk hal orang. Selama ni aku makan pakai duit kau ke? Selama ni aku ada pinjam baju kau atau ambik harta kau ke? Seronok kan sibuk pasal hal orang. Seronok bukak aib/jaja cerita orang. Aku tahu, dengan cara tu kau buat kawan. Ala kesian sangat.

Kau rasa, kau sembahyang lima waktu penuh kau dah takda dosa. Suci sangat? Nak nilai dosa pahala orang. Sejak bila kau jadi malaikat. Kalau nk aakap  sangat pasal dosa pahala, meh sini la, meh aku cakap sikit, FITNAH TU DOSANYA LAGI TERUK DARI MEMBUNUH. Ha pandai baca kan? Ke nak suruh aku ejakan?

Tahu kenapa hidup kau susah lately? Sebab kau suka buat taik. Seronok betul buat taik belakang orang kan. Satu-satu masalah datang. Lepas  ni, kau kawan je dengan masalah since takda sapa nak jadi kawan kau.

Cukuplah, jangan bermuka-muka. Aku tahu kau depan macam mana. Belakang kau cantas habis-habisan. Selamat berjaya dalam kehidupan akan datang. Jangan jadi baghal.


Kain sendiri koyak, sibuk jaga tepi kain orang. Nanti mulut koyak, baru menyesal.


Oh, kepada kaki butthurt, yang suka terasa tu, kalau korang terasa, aku ucapkan padan muka. Dah bagi amaran taknak dengar. So, tanggung sendiri!

Thursday 13 October 2011

#10 Im good.

Things Im good at :


  • Not answering texts
  • Getting my hopes up
  • Pushing people away
  • Sleeping
  • Eating
  • Fu*king with peoples feelings
  • Pissing people off
  • Pissing myself off
  • Being anti-social

#9 Dulu punya hal.

Dulu punya cerita. Sebelum kenal si dia. Dulu punya cerita. Ye dulu. Faham?

Aku kuat berangan. Suka sangat berangan. Selalunya orang berangan sebelum tidur. Aku berangan setiap masa. Boleh dikatakan hampir setiap masa aku dihabiskan dengan berangan. Ewah!

Dulu, aku selalu impikan kekasih yang pandai bermain alat musik!
Dulu, aku selalu impikan kekasih yang keluarganya seronok, meriah, dan ada abang juga kakak.
Dulu, aku selalu impikan kekasih yang jauh berumur dari aku. (Eh jap, memang sebelum ni yang berusia lebih pun)
Dulu, aku selalu impikan kekasih yang tak pernah nak kongkong aku dari segi pemakaian, lifestyle asal tahu jaga diri.
Dulu, aku selalu impikan kekasih yang sekepala. Sekepala sahaja bukan dua atau tiga.



.........................................................................................................................
And now,guess what, aku dah jumpa dah. Dah jumpa dan masih bersama. Masih gila dan bahagia. Terima kasi Ya Allah. 


IHMNIJ

#8 Tipah tertipu bang.




Tipu. Menipu. Tertipu. Ditipu.
Hari-hari mesti perkara di atas akan terjadi dalam hidup kau. Sama ada disengajakan atau tidak. So mari mendalami penipuan glamour dalam kehidupan seharian.

Im fine, Im okay.
Bila kau sedih, depressed, lepas tu kawan/bf/gf tanya, 'Eh what is wrong with you? You look unhappy'. Dengan pantas kau balas, 'I okay je, Eh Im fine takda apa lah. Hal kecik je. Betul i tak tipu'. Ye ye cakap tak tipu, walhal kau tengah serabut perut. Cuma mungkin kau malas nak besar-besarkan hal atau malas nak fikir lebih-lebih. Kalaunfikir lebih, pasti emo lebih kan. So kepada lelaki di luar sana, kalau girlfriend kau cakap Im okay, Im fine maknanya dia tak okay, dia sedang nazak.

I ikhlas sangat tolong u. Tak pernah mintak u balas balik jasa i.
Ini penipu. Ada ke manusia yang betul-betul ikhlas, aku sendiri tak ikhlas. Aku jujur okay. Kalau kau ikhlas, takkan terlintas sikit pun kat hati kau untuk dibalas. Sikit tu maksudnya macam sebesar kuman. Bolehnke korang macam tu? And plus, kalau betul-betul ikhlas, kau takkan cakap macam tu kan? Am i right. Susah nak cari manusia iklhas tanpa mengharapkan balasan sekalipun.


Sorry, i takda credit nak call or reply text u.
Ni alasan paling cilaka. Agak-agak kau duduk zaman mana sampai tak topup? Paling murah topup 3rm he. Kalau takda duit pergi pecshkang tabung adik. Orang susah payah text kau, call kau. Pastu boleh buat rileks. Dah orangnlain dalam rumah kau memang tak pakai phone ke macam mana?

I busy today, takda masa nak keluar rumah.
Ye ye je busy. Kau PM ke nak busy sampai takda masa? Padahal dekat 4sq dengan hebatnya check in sana sini. Stillbusy ya? Bagi alasan cakap kena tolong my dad cuci kereta lah apa lah. Kalau taknak keluar, cakap je taknak keluar. Tak susah pun. Betul tak susah.

Kalau jadi apa-apa sumpah i akan bertanggungjawab.
Ni lah selalu dengar. Selalunya pihak lelaki yang akan cakap dekat pasangan masing-masing. Memanglah belum jadi apa-apa kau claim nak bertanggungjawab. Bila dah jadi mulalah si perempuan dituduh ada lelaki lain, dia bukan bapa kepada anak itu, ini dan macam-macam. Lepas tu mesti keluar surat khabar/berita, 'Bayi ditemui dalam lubang jamban'. Just so you know, kalau taknak baby tu, kasi aku boleh? :(

Youlah segala-galanya dalam hidup i.
Yeke? Are you sure segala-galanya. Berapa perempuan dah u ngorat guna skrip yang sama? Bagi aku sweet talker ni susah sikit nak percaya. Kalau  dia boleh bermanis-manis dengan kita, tak mustahil lah dia boleh cakap semua benda tu dekat semua perempuan. Ye dok? Tapi bukan semua sweet talker tu lelaki, perempuan pun ada jugak. Heh!

Sorry, my phone was on silent, tak dengar u call.
Okay aku selalu buat macam ni kalau malas nak layan orang call. Jahat kan sebenarnya. Tapi masa tu aku enak dibuai mimpi takkanlah nak layan panggilan. Memang tak. Aku kalau tidur jenis takkan ingat dunia punya. Sebenarnya phone tak silent, aku saja je. Muahaha. Lepas tu nanti ada orang  buat macam tu balik kan? Padan muka. Karma lah.

Eh, mana ada i tukar password Facebook i. U salah tekan ah tu.
Korang pernah macam ni? Aku tak pernah lagi. Sebab takda apa pun dekat facebook. Buat apa nak takut bagi password kalau takda buat salah. Kan? Kalau yang pernah buat macam ni, mesti kelam kabut online, nak delete semua benda yang tak patut then tukar balik password. Haha.


Okay, ada di antara penipuan di atas yang aku pernah guna. Well aku manusia biasa, takkan lari ditipu atau menipu. So marilah bersama-sama tingkatkan penipuan!

#7 Saya dah tunang. Korang bila lagi?

Dengan ini diisytiharkan saya dah menjadi tunangan orang. Amin.

Eh jap, bila masa aku tunang. Mana ada majlis. Cincin pun tak ada. tiba-tiba dah tunang. Pelik gila tahu. Okay cerita dia macam ni. Aku sedang stalk orang. Lepas tu terbaca notes ni. Mai lah baca.

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.





Haa dah baca kan. So tadaa. Kita dah tunang la. So jangan kacau. Hihi

#6 Kaya? Boleh!

Nak jadi kaya? Senang betul. 

Jadi artis:
Kat Malaysia ni, artis nampak macam berada. Aku tak tau lah kalau betul kaya atau berlagak kaya je. Betul. Cuba korang masuk Mentor, pergila ujibakat anak wayang je. Lepas tu pooof, lahirnya seorang bintang segera. Dapat job sana-sini, buat show merata. Yang paling penting dapat banyak sponsor okay. Silap-silap kahwin pun ditaja sepenuhnya, boleh lebih dari 12 juta tau wedding korang. Kelassss sangat.

Jadi anak ikan:
Carilah sugarmommy or sugardaddy. Asal muka cantik/jambu mesti senang jadi anak ikan. So, pergi tengok cermin sekarang, kalau korang ada pakej kat atas ni, ha apa lagi. Pergilah cari yang berduit. Make sure duit kepuk, kereta besar. Tapi bahaya, kalau kantoi dengan suami/bini dia, baru korang tahu. Jangan sampai kena simbah asid, tapi ada lagi yang lebih bahaya. Takut terhutang budi, tergadai body.

Join MLM:
Senang betul nak kaya sekarang. Masuk MLM. Roll modal beriban-riban. Akhirnya dapat pulangan yang lumayan. Lepas tu cari downline sana sini. Lepastu tak sampai setahun, lingkup kena tipu. Baru tahu nak pergi buat aduan/report polis. Esoknya keluar Harian Metro muka depan uolss. Glamour sekejap. Aku pelik, posmen, mat despatch pun ada join MLM ni. Korang dah yakin sangat ke boleh kaya dengan cara ni?

Entahlah, dunia sekarang ni pelik-pelik. Banyak betul nak jadi kaya tapi taknak berusaha. Nak kaya dalam sekelip mata, memang nanti kau lingkup sekelip mata lah jawabnya. Apapun, silalah jadi kaya dengan cara yang halal. Heh heh.